Lebuhraya Senai – Desaru bakal rancak sektor ekonomi rakyat

8 Dis, Bandar Penawar - Pembangunan teknologi yang semakin canggih kini membolehkan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) mencatatkan satu pencapaian yang membanggakan. Ini berikutan reka bentuk dan pembinaan Jambatan Kabel Bersatah Tunggal yang merupakan terpanjang di dunia dengan span utamanya sepanjang 500 meter.

Jambatan sepanjang 1.7 kilometer (km) itu dibina merentasi Sungai Johor dan melibatkan pembinaan dua pilon utama apabila struktur itu mencapai ketinggian sehingga 150 meter setiap satu. Span sepanjang 740 meter yang diperbuat daripada besi komposit dan kekotak galang konkrit digunakan sebagai span utama di bahagian kabel tergantung struktur itu.

Ketua UMNO Bahagian Pengerang, YB Dato Sri Dr Azalina Othman ketika ditemui berkata, pembinaan lebuhraya ini dijangka akan menrancakkan lagi sektor ekonomi rakyat khususnya di kawasan Pengerang. Ini kerana menurut beliau apabila ia siap dibina kelak, peratusan kedatangan pelancongan dijangka akan meningkat.

“Bukan sahaja pelancongan dari luar Negara namun pengunjung dari dalam Negara juga pasti akan meningkat, kerana pembinaan ia selesa dan cepat berbanding jalan yang digunakan sebelum ini”

Katanya, lebuh raya yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan itu bakal memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi di kawasan itu pada masa akan datang.

Baki tingkat di bahagian timur dan barat jambatan tersebut pula dibina sepenuhnya dengan kekotak galang dengan sel-sel bersiri yang diperbuat sepenuhnya daripada konkrit.

Pada masa sama, para pengguna lebuh raya juga dihubungkan melalui laman web www.e22.com.my dan laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Tujuan penyediaan imej lintas langsung daripada laman-laman web tersebut adalah bagi membantu para pengguna merancang perjalanan mereka.

Selain itu, Pusat Kawalan Trafik SDE yang terletak di KM22 dihubungkan dengan rangkaian 19 unit kamera litar tertutup (CCTV), 69 Telefon Kecemasan (ETS), lapan Alat Pengesan Kenderaan (VDS) dan lapan Papan Litar Maklumat (VMS). Kemudahan itu untuk memantau keadaan trafik sepanjang 24 jam dalam usaha memastikan keselamatan dan perjalanan yang selesa kepada pengguna.

Pusat Kawalan Trafik juga menghubungkan Pasukan Keselamatan SDE dengan para pengguna yang memerlukan perkhidmatan mereka.

Penyelenggaraan dan pengendalian SDE juga melibatkan pembangunan Sistem Penyelenggaraan Trafik (EMS) yang berteknologi tinggi berasaskan web dan Sistem Penyelengaraan Jambatan (BMS) untuk mengumpul data dan memantau SDE selama 24 jam secara talian.

Share This Post

    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply

 

Warning: gzinflate() [function.gzinflate]: data error in /home/parlimen/public_html/wp-content/themes/green/footer.php on line 1